Khamis, 8 Disember 2011

dah kul 1 pagi rupanyerrrr...
hmmmmmm...nak tidor mata pon keras lagi..
uikkkssss...lagu ombak rindu laaaa,time2 gini pandai plak DJ pilih lagu yerrr..syokkk weiii.
layannnnn..melayan perasaan dan mata yg xreti2 nk tidorrrr...
sesekali...renunglah kenangan yang lalu,jika itu dapat meredakan kemarahan hari ini....

Sabtu, 12 November 2011

kalau padi katakan padi...
tidak aku tertampi-tampi..
kalau sudi katakan sudi..
kalau tak sudi ku cari peganti
wahahahahaha...
itu pantun lama versi aku...hmmmm,aku tertanya-tanya...masih adakah dikalangan anak muda zaman kita ni yang mengorat pakai pantun2 lama mcm ni?...
hmmmmm...ada kot..

Ahad, 6 November 2011

duk rumah..layan movie sambil makan..pastu makan sambil layan movie..hehehehehe
boring?????...yg tu jgn ckp laaaaaaaaaa.teramat lah boringnyer.tp nk buat mcm mana..nk g jln2 pon bukn ader port nk singgah lepak2..nk g rumah kwn...mcm yg aku dah citer..aku mmg xder kwn.sumer kwn2 aku kat dlm ni...dlm dunia fantasi ni.dlm ym,facebook...eh wait,ckp psl facebook ni...macam2 citer ader kan...ader yg nk carik kwn..nk cari lawan..nk cri bf,gf...nk ci anak ikan pun ader..bapak ikan toksah ckplahhhhh...berlambak!!!!!ader yg menarik..ader yg tertarik..ader yg menggoda..ader yg tergoda..ader yg memikat..ader yg terpikat..so pandai2lah kita handle diri masing2...cri ilmu atau benteng bgi tujuan pertahanan..p/s;bukan senang menepis dugaan di alam maya ni...silap2 haribulan kantoiiiiii jugak...
aku....dah terkena ker????eh,takkkkkkkkkkkkk...hahahahaha:P
lamanyer aku menyepi kan...klu xsalah last post bulan feb ari tu..skrg dah nov.hmmmmmm....lama tu.kenapa erk????????
hahahahaha...soklan bonus tuk aku sndri..
aku pun xthu...klu xsalah hmpir 9 bulan kan?
anyway..i,m back.menulis tuk diri sndri...utk kepuasan sndri..

Jumaat, 4 Februari 2011

aku sayang kamu

hari minggu

ramai yang xsabar2 menanti hari minggu..memang seronok.maklumlah boleh rehat sepuas2nya..tak perlu berkerja.alahai seronok kan?yang paling seronok anak2 lah..boleh tengok tv,main game..kira2nya hari kelepasan am lah..xpayah nak belajar.itu law yang saya buat untuk anak2.hari minggu ni diorang bebas nak buat aper..tp bergantung pada kerja rumah..kalau dah siap,okey..boleh bercutilah.tapi kalau tak siap lagi..jangan harap lah.tak kasi can punyer.camtu gak dengan bapaknyer..suka benor hari minggu ni.tapi camner lak dengan kaum ibu yang sepenuh masa di rumah..kadang2 saya tertanya2 jugak apa bezanya hari2 biasa dengan hari minggu?xbanyak bezanya..hari biasa ke,hari minggu ker..kami tetap berkerja..ada masanya hari minggu terpaksa lak kerja lebih masa..maklumlah semua ada kat rumah..time camni lah depa semua nak lebih perhatian..kesian lak kaum ibu ni..sapa lak nak bagi perhatian kat kami?
erkk..sorry,ni bukan nak mengata atau nak ungkit kerja yang kaum ibu kena buat..tapi sekadar suka2 menulis..tak salah kan????sambil menulis dapat jugak bertukar buah fikiran..apa yang betul dan apa yang salah.
okey..balik pada tajuk kita..bagi saya,xkisahlah hari minggu ke tak,semuanya sama.setiap pagi bila saya bukak mata,fikiran saya pun sama2 terbukak..duk plan apa yang nak dibuat sepanjang hari.xpayah nak salin nota atau buat senarai..semuanya dah ada dalam kepala.

Isnin, 24 Januari 2011

kasihku bersemi..

TAMBAT HATI
                    SUAMI
  • tegur dan sentuhlah dengan lembut bila suami pulang dari tempat kerja.tinggalkan seketika sebarang kerja yang sedang kita lakukan..beri tumpuan sepenuhnya pada si dia
  • luangkan masa yang berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali bersama suami.jika hanya suri rumah sepenuh masa,pasti mempunyai lebih banyak kelebihan dari segi masa tetapi ingat,si dia juga memerlukan waktu untuk bersendiri..berikan privasi seperti si dia inginkan..dan hormati privasinya itu.
  • pujilah si dia dengan ikhlas,samaada dari segi penampilan,rambut dan apa saja...ingat,lelaki sebenarnya gemar dipuji..apatah lagi kalu anda memuji tentang layanan yang diberikan kepada anda..misalnya,anda mengatakan yang si dia selalu membuat anda merasa bahagia ...lihatlah pada matanya dan anda akan mengetahui bertapa si dia amat berbesar hati serta bangga kerana dapat membahagiakan anda
  • jangan mengelak setiap kali si dia memerlukan anda..jadilah orang pertama yang dilihat oleh sidia setiap kali sidia membuka matanya setiap pagi..dan jadilah orang terakhir yang dilihatnya setiap kali sidia melelapkan mata.
  • peluk si dia dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya 7 kali sehari.jangan segan untuk membelai atau menyatakan rasa sayang anda padanya..biarkan si dia merasakan diriya amat bermakna untuk anda..secara lasung tanpa anda sedar,anda sebenarnya sedang memberi terapi kepada sidia..setiap kali anda memeluknya anda sebenarnya sedang melancarkan peredaran darahnya..menguatkan jantungnya..anda juga membantu sidia membina keyakinan diri dan semangat kelelakiannya
  • jangan sesekali menjawap atau melawan ketika si dia sedang marah..berusaha menjadi penyejuk hatinya..cari kelemahan sidia yang boleh anda gunakan untuk menyejukkan hati dan meredakan kemarahan sidia.jika ada yang anda ingin luahkan mengenai sikapnya,biarkan dulu..tunggu sehingga sidia benar-benar reda dan dalam keadaan yang rileks..
  • sentiasa menjadi 'orang kuat'sidia...menyokong setiap hasil usaha sidia..memberi kata-kata semangat dan dorongan yang penuh dalam apa jua yang sidia lakukan.
  • jangan terlalu mengongkong dan ;busy body' terhadap sidia.berikan dia ruang..tunjukkan yang anda memberi sepenuh kepercayaan terhadap dirinya....
  • elakkan dari bersikap cemburu yang keterlaluan....lelaki sebenarnya merasa bangga jika dapat membuat isterinya cemburu kerana ini menunjukkan dirinya disayangi dan dipunyai..tapi AWAS...jangan keterlaluan hingga merimaskan sidia dan membuat sidia menjdi tidak senang duduk.kuasai perasaan cemburu anda..lampiaskan dengan manja dan sedikit rajuk..pasti sidia cuba sedaya upaya memujuk anda..

oh lalingggg...
u ajak i dating..i gelak guling-guling
u pujuk-pujuk..sampai i pon naik pening
bila i kata ok...u hepi sampai berpusing-pusing
now bila dah jumpa..u pulak jadik juling...
oh lalingggg
bila i tanyer..u kata pasai i pakai bling-bling
rupa2nyer u yang otak pusing
i tau lah...i ni tak slimmmm
u plak buat-buat peninggg
awal2 lagi i dah bagi warning...
tapi u duk kata...i xkesah lalinggggg










tinggal lah i sorang-sorang..duk jerit..lalingggg..lalinggggg

Ahad, 23 Januari 2011

sepi itu indah...betul ker???

naper org slalu cakap sepi itu indah???xtahulah...
munkin betul bagi sesiapa yang inginkan ketenangan..yang ingin bersendirian atau yang dah bosan dengan suasana hingar bingar..
tp bgi aku..sepi itu membosankan..macam mane nak indah klu dah hari2 sunyi sepi..itu bagi akulah..bagi org lain xtau lah pulak kan..hehehe
aku ni kan happy go lucky..xsesuai lah nak bersepi2 nih..klu rase nak cari ketenangan pun..aku akan cari tempat yg cantik..yang sedap mata memandang..udaranya segar..banyak pokok2 yang menhijau saujana mata memandang..bleh dengar bunyi burung2 berkicauan..
hahaha...sorry erk sume..ni cuma tanggapan kasar dari aku saje...tp aku paham,maksud yang tersembunyi dari 'sepi itu indah'...yelah,mcm korang jugak lah kan..betul x????
apa2pun,hidup mesti ceria...hati mesti tenang..jiwa mesti lapang..eh,betul ke apa aku cakap nih..alaaa,hentam jer la.
second day..
masih lagi memikirkan mcm mane nk publish blog ni..xthu dan xpandai..hehehe.memang pon.nk tnya rakan blog yang lain pun xleh..cz xder member..biarlah.cukup sekadar melepaskan..meluahkan apa yang terkandung dlm fikiran nih..actually aku  ni jenis yang xder kawan..xthulah naper,nk kata sombong..tak.aku ni peramah dan byk cakap.tp bab berkawan ni agak terhad ckit.munkin sbb aku ni jenis yg homely kot..pandai lak reka ayat.
okey,let's talk benda lain lak..hari ni panas sangat kan..biasa kalau panas2 sgt tandanyer nk hujan .xthulah betul ke tak fakta nih..nak jadikan cerita untuk topik panas ni..aku nak kongsi satu cerita..
camni,macam biasa aku keluar rumah antara pukul 12tgahari hingga ke pukul 2ptg.waktu cam ni memang tengah panas sesangat..kena pulak memandu kat tempat yang sesak..lagilah panas membara.ada lah pulak satu mamat tu..xthu dari species aper.tengok rupa okey..boleh tahanlah hensemnyer tu.tp perangai lak teruk..ader ke patut,dia parking kereta kat tengah2 jalan yg memang dah sempit sgt2.dahlah tu..dengan muka yang selamba jer dia keluar dari kereta terus masuk kedalam kedai di tepi jalan..apa lagi,mengamuk lah pakcik2..abang2 yg tersangkut xleh nak jalan.kereta aku lak yang ke 3 belakang kereta mamat tu..bengang jugak.tp control...
lama jugak dia masuk kedai tu..10 minit lepas tu dia keluar..kali ni berpegangan tangan dan berkepit2 ngan makwe dia..ingatkan dah settle lah..tp punyalah sakit hati..simamat dan makwenyer tu tak terus masuk kereta..tp terkekeh2 ketawa smbil mebelek majalah yang dipegang makwenya..sempat tolong betulkan tudung makwenya lagi..adoiiii...panas..panas!!!!
tambah panas bila pakcik yang dah mencuka sebab kepanasan kat belakang kereta si mamat ni tekan hon..bukan sekali..tapi berkali2..apalagi,simamat ni angkat tangan isyarat 'okey' dengan muncung yang boleh diikat 18.belum sempat si mamat ni masuk kereta "datuk"lak sampai..aku xdengar lak apa yg "datuk"tu cakap kan..cuma yg aku nampak tanda isyarat agar jalan..yang pasti confirm dapat surat cinta yang penuh dengan nada sayang dan rindu..hehehehe
 

Sabtu, 22 Januari 2011

Pertama kali..
sorry,ni firts time buat blog(walaupun dah thu xder sapa2 yg nk baca n nk tgk blog sya ni)..n firts time menulis dalam blog.xtahulah cmner boleh terlintas nak berblog lak nih.tp xper,walaupun dah naik pening cmner nak buat blog ni..saya akan belajar  dari masa ke semasa.so,firts...apa nk buat erk???nak cerita...confirm xder yg membaca..coz sya bru lagi...nk buat butang like pun dah lintang pukang..hehehe.anyway,sya suka...suka sgt2.apa jer yg terlintas dikepala otak sya nih blehlah sya hentam jer kat dlm nih..opppsss..dah lewat mlm rupanyer..okey,bye3