Sabtu, 12 Mei 2012

MENGUAP





                Aduhhh..letih betul hari ni.jam dah nak masuk kul 11 pagi,awal lagi ni tapi mulut ni tak henti-henti menguap..nak tidor takut terbabas pulak nak amik anak2 balik skolah jap lgi.
terpaksalah tahan walaupun dah berkali-kali menguap..tangan pun mcm xlarat nk angkat nk tutup mulut ni..eh,kenapa bila menguap kita perlu tutup mulut?Hmmmm,aku pun xtau...cuma masa kecik2 dulu mak aku selalu pesan kalau menguap tutup mulut,nanti syaitan masuk..dan aku praktikan benda yg sama kat ank2 aku..menguap kena tutup mulut kalau tak nanti syaitan masuk..tapi si adik yg nakal tu pulak pandai menjawap..''kalau syaitan nak masuk adik gigit dia..''imaginasi budak2..layan jer laa.tapi tetap kena diperbetulkan supaya mereka faham mengapa harus menutup mulut ketika menguap...supaya nampak lebih sopan dan manis...dalam hukum juga digalakkan begitu,jadi apa yang susahnyer nak tutup mulut tu kan..aku pernah tengok sorang balak hensem..bila menguap tak reti nak tutup mulut,muka yg tadi aku tgk ensem ,macho tu tetiba dah macam hulk time nak bertukar..abis nampak semua gigi karat,gigi berlubang,tahik gigi...Eeeeiiiiiii..teruk kan?hilang semua ensem2 tu..hehehehe
tu lah gunanyer menjaga tata tertib.menutup mulut ketika menguap juga adalah bagi mengelak terkeluarnyer bunyi yg pelik2 seperti ...huargh…..huh…..haaah...dan pelbagai bunyi lagilah menandakan kepuasan  menguap ini.Mengikut satu artikel yg aku pernah baca,menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat sangat disukai oleh syaitan2 nih bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan …jadi seeloknyer ketika menguap tutup mulut dan elakkan dari mengeluarkan bunyi yang pelik2 tu..lebih afdal kalau kita ucapkan istighfar selepas menguap..lagi bagus..betul tak?




                 kalau secara saintifik pulak,mengapa kita menguap???...Menguap merupakan satu powerful non-verbal message atau dalam bahasa ibundanya, satu mesej yang bermakna dan disampaikan secara bahasa tubuh bergantung kepada situasi ketika menguap itu. Menguap boleh disifatkan sebagai membantu seseorang itu lebih sedar keadaan disekelilingnya atau menguap juga mungkin sebab kerana kandungan oksigen di dalam paru-paru kita berkurang. Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara.
Alveoli ni berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbondioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras.
Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen.
Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti.
Berkualiti disini biarlah tiada gangguan bagi memulihkan anggota badan kita rehat secukupnya untuk beroperasi dan badan kita dapat kumpulkan oksigen secukupnya untuk kita bekerja seperti biasa.So,lepas ni cuba dapatkan rehat yang cukup agar badan kita sentiasa segar dan tak menguap merata tempat..hehehehehe


salam sayang....

Selasa, 8 Mei 2012

CANTIK DIHATI

CANTIK DI MATA DAN CANTIK DIHATI


Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya


Kunci rezeki adalah berusaha dan disertai dengan istighfar dan ketakwaan


Kunci syurga adalah mengesakan Allah SWT(tauhid)


Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah SWT dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhluk-Nya


Kunci kebaikan adalah kejujuran


Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran,berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa


Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik


Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar


Kunci kebahgiaan adalah taqwa


Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur


Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi


Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah SWT adalah berdoa.

LELAKI JUGA SUKA MEMBEBEL


                          jom baca nihhhh..sekadar luahan jerrr,jangan amik hati yerrr.



siapa kata lelaki tak reti membebel????heheheheheh....lagi dasyat woooo...kalau pompuan membebel tu normal lah kan..sebab dah sinonim.tapi kalau lelaki ni...hisssshhhh...macam xkena lah.pot pet..pot pet..dah macam rupa mulut itik kena sembelit...
cuba perhatikan betul2 pasangan korang..boyfriend ker,suami ker..atau adik beradik lelaki korang..pernah tak korang tengok mereka2 nih membebel?mesti teruk kan...aku pernah tengok arwah bapak aku membebel..kalau puncanyer kerana kakak aku,pastu akan melarat ke aku dan adik2 yang lain pulak.lepas satu,satu yang dia bebelkan..ada jer yang tak kena di mata dia.tapi time2 gitu mak aku cool jerrrr..senyum tak perlu kata apa2..hahahaha.sebenarnyer lelaki ni sensitif jugak kan.kalau di luar rumah munkin mereka akan cover2 sikit sebab lelaki memang suka cover macho,cover line..(sorry..:))
apapun tak semua lelaki suka membebel,cuma sesetengah nyer saja.macam aku ni,aku dah lali sangat dengan  perangai lelaki yang suka membebel nih..salah satunyer kawan aku yang dah nak masuk setengah abab umornyer..tapi aku anggap tu sebagai hobi dia nak membebel..
cuba bayangkan kalau setiap kali ada yang tak kena atau kesilapan yang tak disengajakan aku buat,huhhhh....pekak lah telinga aku jawapnyer.nak tak nak terpaksalah jugak dengar..bila dia start enjim dan bukak mulut,memang susah nak berenti dahhhhh....sambil berjalan ker,sambil duduk ker..dia tak kira dah..sambil makan pun dia sempat lagi..sampai tersembur2 keluar makanan kat mulut...tahanlah sampai dia sendiri yang penat..tu lah tabiat kawan aku nih..membebel mengalahkan pompuan.patutlah xder cikaro yang lekat dengan dia..agak2 semua angkat kaki pasal tak tahan..kadang2 aku pun tak faham,kenapa perlu nak bising2 hanya kerana perkara2 kecik yang remeh temeh kan?entahlaaaa....
    agak2nyer lah kan...apa yang korang nak buat kalau berhadapan dengan lelaki yang suka membebel ni?
                             
macam ni boleh kotttt.....adoiiiiiii...tak pon tampal jer ngan plaster..hahahahahaha..


p/s xrela bersuamikan lelaki yang suka membebel..:)
                        
             CURANG..
              CURANG...kenapa harus curang??????




apa reaksi korang bila pertama kali korang mengetahui yang suami korang sedang menduakan korang????.......ataupun bila tetiba jer suami korang dengan terang menyatakan yang kasihnyer telah berubah dan beralih arah pada pompuan lain?hmmmmm....xdpt nk bayangkan camno gayo ehhh..confirm ader yang melalak,meraung siang malam...ader jugak yang mengamuk macam hilang akal,histeria 24 jam...munkin jugak ader yang sampai nak hilang ingatan..hehehehehe
tapi aku xsalahkan kaum wanita kalau inilah reaksi yang terjadi..sebab aku faham bukan mudah untuk menerima hakikat kasih beralih arah niihhh..
tapi bukan semua yer..tak dinafikan ada juga wanita2 hebat di luar sana yang mampu tenang dan menerima dengan baik situasi seperti ini..meskipun ada rasa kecewa dan terluka kerana diduakan..itulah adat berumahtangga,istilah curang ni dah macam makan nasi..dimana-mana jer akan ader cerita bab yang satu ni..
tambah lagi di zaman serba moden dan canggih,bukan setakat lelaki yang curang tapi isteri2 juga dah berlambak amik alih... dah jadik mcm trend lah plak..
hebat kan????inilah senario yang berlaku disekeliling kita hari ini.baik suami atau isteri,masing2 rancak buat perangai..agak2nyer kenapa?
hmmmmm.....




nak ulas kenapa dan mengapa agak susah jugak kan..tapi yang pasti setiap yang berlaku itu ada sebab yang tersendiri..ada alasan dan ader pendorongnya.
apakah kerana faktor kemajuan,kurangnyer pegangan agama atau pengaruh budaya????
atau adakah kerana mereka mempunyai masalah dalam rumahtangga?pasangan kurang memberi layanan,kurang perhatian,tak bertanggungjawap,tak memuaskan ,tak menarik perhatian? tak mampu memuaskan nafsu,tak mampu memberi kebahgiaan dari segi kemewahan..kebendaan?bermacam2 alasan yang kita boleh dengar....paling menarik kalau ada yg mengatakan sebab berlaku curang adalah kerana hobi...saja2 tuk bersuka ria..atau nak tukar selera..huhhhhh...nak kata apa lagi kan??
apapun faktor dan alasan semuanya terletak pada diri masing2..tepuk dada tanya selera..aku xmau kutuk sapa2,atau berhujah hukum hakam dan dosa pahala..sebab masing2 dah tahu menilai mana buruk dan mana yang baik,cuma sebagai manusia kita kadang2 terlupa batasan kita...sering hanyut dibuai mimpi,layu di ulik fantasi..akhirnya????sendiri fikir ok.
jika baik yang kita buat,baik juga yang kita dapat..jika sebaliknyer?...
p/sMENCARI KEKUATAN DALAMAN YANG JITU..:)







Isnin, 7 Mei 2012

          


                  BAHAYA LILIN AROMA TERAPI


wangian aroma terapi dikatakan mampu membantu mengurangkan tekanan,membantu menenangkan dan menjadikan tubuh lebih relak,,,tapi korang semua tahu tak lilin aroma terapi atau wangian kediaman ni sebenarnyer mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan korang..
tak caya????cuba korang buat kajian sikit,kebanyakkan produk2 lilin aroma terapi ni tidak dinyatakan dengan tepat bahan kandungannyer,dan ader jugak tidak dinyatakan lansung..kebanyakanyer hanya menyatakan 'wangian' atau 'fragrance' tanpa disertakan dengan perincian yang lengkap..
kalau korang nak tahu,salah satu sebatian kimia yang terdapat dalam lilin aroma terapi ni ialah 'phthalates' yang berfungsi agar aroma tahan lebih lama.Unsur kimia ni boleh menyebabkan masalah reproduksi dan jugak menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan..
selain tu kalau bilik yang korang pasang lilin aroma tu tak mempunyai sistem pengudaraan yang baik,korang terdedah dengan pencemaran udara yang boleh menyebabkan masalah batuk,alergik dan gatal2 pada mata..