Sabtu, 4 Februari 2012

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS 


  Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.
 Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu.
 Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris. "Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam.
 Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia. "Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas. "Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis laknatullah marah. "Akan saya teruskan!"
 Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun.
 Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu," Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup tidak berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran. Demikianlah, semejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi.
 Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali. Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi.
 Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar. "Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. "Berhenti, jangan lanjutkan." larang si iblis laknatullah "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." jawab lelaki itu. Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai.
 Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu." Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi.
 Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ? "Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." Hadith Riwayat Muslim

FAKTA TENTANG TIDUR



Uikkkssss...ni pun menarik jugak.munkin ader yang kurang tau atau xtau lansung pasal ni..jommmm kita kongsi sama-sama...



tahukah kamu:-

*tanpa makanan manusia mampu hidup selama lebih kurang 14 hari..tetapi tanpa tidur manusia hanya mampu bertahan selama 10 hari.

*apabila dolphin tidor hanya separuh otaknya akan nyahaktif,separuh lagi digunakan untuk proses pernafasan.



*mengikut kajian pakar 1 daripada 4 pasangan tidor dikatil berasingan.

*mamalia yang paling lama tidor adalah koala (22jam) kelawar (19jam) dan tenggiling (18jam) manakala mamalia yang tidor paling sekejap pula adalah zirafah (2jam) rusa (3jam) dan gajah asia (3jam lebih sedikit).


*bermimpi ketika tidor adalah normal tidak kira mimpi indah atau mimpi ngeri tetapi sesiapa yang tidak pernah mengalami mimpi sewaktu tidor mempunyai masalah personaliti atau peribadi.

*perkara yang berlaku ketika kita sedang tidor adalah otak kita akan berehat,sel-sel rosak akan diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon yang tertentu.


*selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi perempuan 50% tentang lelaki dan 50% tentang perempuan yang lain.

*selalunya kita akan bermimpi tentang orang yang pernah kita lihat samaada kita masih ingat ataupun tidak.

*saat kita sedang tidor nyenyak,nafas,detak jantung dan tekanan darah berada di tahap yang paling rendah.

*saat kita sedang bermimpi otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita dalam keadaan sedar.

*rata-rata orang akan bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidor.

*suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi.biasanya titik yang paling rendah sekitar jam 4 pagi,kemudian akan kembali naik setelah matahari terbit.


*walaupun kita sedang tidor nyenyak ada beberapa pada bahagian tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari alam sekitar.Itulah sebabnya kaum ibu boleh bangun sekiranya terdengar suara bayi mereka menangis.

*banyak orang yang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi.dan rata-rata golongan ini terdiri daripada wanita dan warga tua.

SALAM MAULIDUR RASUL

 Maulidur Rasul 



MAULIDUR RASUL adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhamad SAW
iaitu pada 12 Rabiul Awal yang jatuh pada hari isnin(dari hadith riwayat muslim 8/25)12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571.Baginda adalah utusan yang terakhir.Disetiap tahun pada 12 Rabiul Awal kita sebagai umat islam akan meraikan hari kebesaran Nabi junjungan kita Nabi Muhamad SAW dengan berarak sambil berselawat ke atas Baginda.
selain itu banyak juga pihak-pihak yang mengadakan ceramah,majlis-majlis keagamaan serta bacaan Yaasin,tazkirah dan sebagainya memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangai kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.segalanya dilakukan demi menunjukan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.
Ini juga bertepatan dengan sabdanya yang bermaksud:-
''tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai dari kedua ibu bapanya,anak dan manusia keseluruhanya''


sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda kerana terdapat banyak kelebihan sekiranya kita mengamalkan selawat keatas Baginda seperti  Sabda Baginda Nabi Muhamad SAW:-

''sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat keatasku''
(dikemukakan oleh Al Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn Asim)

''sesiapa yang berselawat kepadaku sekali,Allah berselawat(memberi rahmat)kepadanya sepuluh kali dan menhapuskan sepuluh kesalahannya''
(riwayat Iman Ahmad)

''sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya,hendaklah dia memperbanyakkan selawat keatasku,sebab ia melapangkan kebimbangan,kedukacitaan,kesusahan,memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat''
(menurut Al-Sayuti hadis ini adalah sahih)

''sesiapa yang ditimpa sesuatu kesusahan,hendaklah dia memperbanyakkan selawat ke atasku,kerana ia menguraikan dan melapangkan kesusahan"
(Afdhal Al -Salawat'Ala Saiyid Al Sadat)

salam maulidur rasul

REJECTED PERFUME

salam semua..
ni,ck nk ajak korang semua cuci2 mata kat koleksi perfume2 ck..meh laaaa...
jangan duk malu2 eh.^_*..muaahhhhh.

DUNHILL

hak ni koleksi DUNHILL.korang jangan risau,pasal semua ni ORIGINAL BRANDED PERFUME tauuuuu...tapi REJECT.
pasal apa plak reject????
haaaaa..meh sini ck nak terang elok2 biar korang sumer faham..
korang pernah tak dengar rejectshop???alaaaa...yang duk jual pakaian2 reject berjenama tu...
hak ni lebih kurang mcm gitulaaa..tapi ni perfume...reject perfume.
kalau korang nak tau,hak kat kaunter2 tu diaorang jual yang 100%perfect..dari segi botol,label,kotak..tudung semua complete..tapi,kalau hak reject ni tak boleh laaaaa...so,pendek cerita ia dijual melalui saluran kami.
reject ni selalu disebabkan missing cap,botol calar,xder kotak..atau kerosakkan masa packing...tapi apa nak kesah kan..yang penting perfume tu..sebab kita beli perfume bukan nak pakai botol tu kan..tpi sebab bau perfume tu..betul takkkkk?????betul laaa tu...
jadinya kat sini ck nak terang,perfume adalah 100%asli..korang jangan risau..kalau korang rasa baunyer tak lasting korang bleh tukar atau duit korang dikembalikan..asalkan korang tak habiskan smpai setengah botol then nak tukar ..dah kira ok.                                                              
                                                             
  gambar pertama kat atas tu perfume DUNHILL EDITION by DUNHILL laaaaa..pastu yang kiri mula2 tu DUNHILL BOXER pastu sebelah nyer tu DUNHILL PURE...pun by DUNHILL jugaklaaa...ader lagi koleksi  dunhill ni.tapi ck buh yang 3 ni pasal  hak ni lah paling cust ck minat..terutama BOXER tu..baunyer..fuhhhh...kalau korang pakai time p date ngan gf korang confirm gf korang tegur..hehehehehe....WANGIIIIIII...

hak sebelah ni plak X-CENTRIC by DUNHILL..
baunyer pun mengancam tau...
lain2 by dunhill -PURSUIT,BLACK,LONDON,FRESH,DESIRE BLUE,DESIRE RED,DUNHILL D,dan DUNHILL 51.3N..










                                                    








LELAKI DAN TALAK

kita semua tahu kaum adam dibekalkan dengan 9 akal dan 1 nafsu berbanding wanita yang memiliki 9 nafsu dan 1 akal.Kerana itulah  kuasa talak diberikan kepada lelaki kerana selain sebagai pemimpin dan nakhoda dalam sesebuah bahtera rumahtangga,lelaki juga tidak terlalu emosi kalau berhadapan dengan perkara2 yang menyentuh hati..yang melibatkan perasaan...kerana itu jugalah kuasa talak tidak diberikan kepada wanita yang lebih cenderung beremosional..dikhuatiri jika kuasa talak ini digunakan sewenang-wenangnyer tanpa berfikir panjang..akan tetapi bagi kaum lelaki,pendekatannyer lebih berdasarkan fakta.Malah,jika mereka tersentuh hati dengan apa2 perkara skalipun,ia jarang mencampurkan hal emosi dan realiti..wajarlah talak diberikan kepada lelaki kerana mereka adalah pemimpin disamping kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka,namun ia wajib dilaksanakan berdasarkan batasan yang ditetapkan oleh syarak serta menurut batasan yang terhad.


Namun begitu, kebelakangan ini faktor sudah semakin tidak relevan bila mana dilihat keruntuhan sesebuah rumahtangga adalah disebabkan lelaki atau suami dengan mudahnya menjatuhkan talak tanpa berfikir panjang.tidak keterlaluan kalau ck katakan lelaki sekarang tidak memiliki sifat kesabaran yang tinggi dalam rumahtangga.dengan kata lain,apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri,suami sebagai tonggak keluarga dengan mudahnyer menggunakan talak sebagai jalan penyelesaian..maka tidak hairanlah kalau ada sesetengah pasangan suami isteri yang bercerai sehingga tiga kali.Dalam mahkamah sekalipon,apabila disoal hakim,sisuami akan mengatakan bahawa talak yang dilafazkan adalah dalam keadaan marah,emosi atau secara tidak sengaja..
cuba sekali sekala kita baca ruangan dari fail mahkamah..pasti kita akan terkejut bila kebanyakan kes2 yang melibatkan perceraian  melibatkan isu2 yang tak sepatutnya..ada sesetengah kes kerana cemburu buta,soal harta,soal keluarga,soal gaji isteri lebih tinggi dari suami dan ada juga kerana suami ingin berkahwin dengan wanita lain,skandal suami atau isteri,soal kewangan dan bermacam2 lagi..
sesetengah nya pula kerana ingin menunjukkan kuasa yang mereka ada...munkin kerana rasa tercabar atau sebagainya.
selain itu tekanan hidup juga menjadi punca lelaki hilang kewarasan dan kebijaksanaan mereka dalam mengemudi sesebuah bahtera yang dibina..apapun wanita seharusnya memainkan peranan penting juga bagi mengelak dari berlaku nye penceraian..talak hanya digunakan dalam keadaan terdesak dan ketika mana tiada pilihan yang lain atau sebagai penyelesaian terakhir dalam sebuah rumahtangga yang menuju keruntuhan.Ini selaras dengan sabda Nabi''janganlah kamu ceraikan isteri-isteri kamu kecuali bersebab''.
      bagi ck.punca utama SEGELINTIR lelaki kini mudah melafazkan talak kerana mereka cetek ilmu agama terutama mengenai hukum perkahwinan.golongan ini juga kurang ilmu kekeluargaan dan tidak melihat perkahwinan itu sebagai tanggungjawab..mereka kurang memikirkan kesan atau akibat dari sikap mereka terhadap isteri dan anak2 ..tekanan yang mereka tinggalkan kepada bekas isteri dan anak2 terutamanya jika mereka mengabaikan terus tanggungjawab terhadap anak2...
    apapon,ck tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada lelaki..kerana perkara ini boleh juga berlaku kerana kejahilan kaum wanita serta kegagalan wanita itu sendiri dalam menguruskan rumahtangga dan menjaga penampilan untuk kepuasan suami.so ck sarankan agar kita sama2 membuka minda terhadap hal2 ehwal agama,hukum hakam dan pendedahan permasalahan serta cara menjalani, menharungi hidup berumahtangga...dan yang paling utama,perbanyakkan amal ibadat agar rumahtngga yang dibina mendapat berkat dan rahmat DariNYA...AMIN....
sekian.salam sayang...



assalammualaikum..
hyiii....fuhhh,lega rasanyer...semua kerja rumah dah beres..now time tuk rileks2kan badan dan tenang2kan minda..hmmmmm,nak sembang bab apa eh???haaaaaa...jom,ck nk citer....
ni kisah seorang kawan ck,dia ni suri rumah sepenuh masa..so semua kerja rumah dia yang buat,nama pon suri rumah kan...nak jadikan cerita satu hari tu dia terpaksa ikut satu kursus marketing selepas dia join satu syarikat jualan lansung..suka hati sesangat lah kawan ck ni..sebab dia rasa ni lah peluang dia nak kenal dunia luar...
bila hari yang ditunggu tu tiba,sakan lah kawan ck ni...suka hati lah kan.maklumlah,tak pernah lagi keluar ngan kekawan..selalu berderet ngan anak-anak...sejam yang pertama perjalanan semua nampak okey ja..masuk 2jam kemudian,dia dah tak senang duduk dalam bas...duk bermesej jerrrr...3jam kemudian..4 jam kemudian...sampailah dia ni dan kekawan sampai ke destinasi.Kalau masa nak naik bas tadi muka berseri-seri sekarang dah macam muka orang meroyang dalam pantang..ader lah kekawan yang prihatin p tnya kat dia..pasal muka duk kelat semacam..dia ni dengan stress nyer pon menjawap..''camner nak rileks..kejap anak aku msj tanya baju kat mana..kejap laki aku msj tanya stokin kat mana,charger h/p kat mana,jaket kat mana,spender pon nak tanya aku jgkkkk...tu tak tmasuk ank jantan aku lagi..duk tanya kasut bola kat mana,topi kat mana...hissshhhh...nak taruk baju kotor kat mana pun nak msj aku jgk..!!!''...apalagi,semua pakat2 duk tergelak kat dia ni..salah sorang dari kekawan dia pon menyampuk,..''lain kali buat list..mcm aku ni,semua aku tampal kat almari..mana tempat stokin,baju,kain pelikat,semualahhhh...pastu aku buat list start awal pagi apa yang diaorg nak kena buat..pukul lapan buat apa,kul 9 buat apa..pastu buat itu..pastu buat ini..hahhhh,kan senang..!!!"
hmmmmm...macam tu ka keadaannyer kalau isteri2 keluar tinggalkan rumah????hahahahaha...ck pun nak tergelak jugak dengar cerita dia ni..sebab ck pon ader pengalaman yang hampir2 serupa jgk dengan kawan ck nihh.so ck tanyalah apa kesudahannyer...
nak tau apa????...malam tu jugak dia amik tiket bas balik rumah...hehehehe,kesiannnnn.....nampak gayanyer dia ni nak kena latih dulu anak2 dan laki dia mcm mana nak uruskan diri dan rumahtangga..
so,apa yang ck nak katakan kat sini,tugas urusan rumahtangga bukanlah di bahu isteri/ibu semata2..semua kena duk main peranan..suami,anak2..tak kiralah anak lelaki atau pompuan,kena terapkan perlahan2 dalam diri mereka cara bagaimana depa nak kena uruskan diri masing2 dan keperluan masing2..sebab andaikata berlaku sesuatu hal seperti kawan ck tadi yang terpaksa ikuti kursus,atau masuk wad kerana sakit..kan lebih mudah untuk mereka sesuaikan diri...lagipon ada kebaikan jugak buat diri mereka..bagi ck plak,kalau kain baju berlambak terperuk kat dalam bakul atau yang tak berlipat dah menggunung,itu ck masih boleh sabar asalkan rumah tak lintang pukang macam kandang kerbau bila ck pulang kerumah..sejuk jugak hati..betul tak????apapun terpulang lah pada masing2..semua orang punya cara dan alasan tersendiri..