Sabtu, 4 Februari 2012

LELAKI DAN TALAK

kita semua tahu kaum adam dibekalkan dengan 9 akal dan 1 nafsu berbanding wanita yang memiliki 9 nafsu dan 1 akal.Kerana itulah  kuasa talak diberikan kepada lelaki kerana selain sebagai pemimpin dan nakhoda dalam sesebuah bahtera rumahtangga,lelaki juga tidak terlalu emosi kalau berhadapan dengan perkara2 yang menyentuh hati..yang melibatkan perasaan...kerana itu jugalah kuasa talak tidak diberikan kepada wanita yang lebih cenderung beremosional..dikhuatiri jika kuasa talak ini digunakan sewenang-wenangnyer tanpa berfikir panjang..akan tetapi bagi kaum lelaki,pendekatannyer lebih berdasarkan fakta.Malah,jika mereka tersentuh hati dengan apa2 perkara skalipun,ia jarang mencampurkan hal emosi dan realiti..wajarlah talak diberikan kepada lelaki kerana mereka adalah pemimpin disamping kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka,namun ia wajib dilaksanakan berdasarkan batasan yang ditetapkan oleh syarak serta menurut batasan yang terhad.


Namun begitu, kebelakangan ini faktor sudah semakin tidak relevan bila mana dilihat keruntuhan sesebuah rumahtangga adalah disebabkan lelaki atau suami dengan mudahnya menjatuhkan talak tanpa berfikir panjang.tidak keterlaluan kalau ck katakan lelaki sekarang tidak memiliki sifat kesabaran yang tinggi dalam rumahtangga.dengan kata lain,apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri,suami sebagai tonggak keluarga dengan mudahnyer menggunakan talak sebagai jalan penyelesaian..maka tidak hairanlah kalau ada sesetengah pasangan suami isteri yang bercerai sehingga tiga kali.Dalam mahkamah sekalipon,apabila disoal hakim,sisuami akan mengatakan bahawa talak yang dilafazkan adalah dalam keadaan marah,emosi atau secara tidak sengaja..
cuba sekali sekala kita baca ruangan dari fail mahkamah..pasti kita akan terkejut bila kebanyakan kes2 yang melibatkan perceraian  melibatkan isu2 yang tak sepatutnya..ada sesetengah kes kerana cemburu buta,soal harta,soal keluarga,soal gaji isteri lebih tinggi dari suami dan ada juga kerana suami ingin berkahwin dengan wanita lain,skandal suami atau isteri,soal kewangan dan bermacam2 lagi..
sesetengah nya pula kerana ingin menunjukkan kuasa yang mereka ada...munkin kerana rasa tercabar atau sebagainya.
selain itu tekanan hidup juga menjadi punca lelaki hilang kewarasan dan kebijaksanaan mereka dalam mengemudi sesebuah bahtera yang dibina..apapun wanita seharusnya memainkan peranan penting juga bagi mengelak dari berlaku nye penceraian..talak hanya digunakan dalam keadaan terdesak dan ketika mana tiada pilihan yang lain atau sebagai penyelesaian terakhir dalam sebuah rumahtangga yang menuju keruntuhan.Ini selaras dengan sabda Nabi''janganlah kamu ceraikan isteri-isteri kamu kecuali bersebab''.
      bagi ck.punca utama SEGELINTIR lelaki kini mudah melafazkan talak kerana mereka cetek ilmu agama terutama mengenai hukum perkahwinan.golongan ini juga kurang ilmu kekeluargaan dan tidak melihat perkahwinan itu sebagai tanggungjawab..mereka kurang memikirkan kesan atau akibat dari sikap mereka terhadap isteri dan anak2 ..tekanan yang mereka tinggalkan kepada bekas isteri dan anak2 terutamanya jika mereka mengabaikan terus tanggungjawab terhadap anak2...
    apapon,ck tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada lelaki..kerana perkara ini boleh juga berlaku kerana kejahilan kaum wanita serta kegagalan wanita itu sendiri dalam menguruskan rumahtangga dan menjaga penampilan untuk kepuasan suami.so ck sarankan agar kita sama2 membuka minda terhadap hal2 ehwal agama,hukum hakam dan pendedahan permasalahan serta cara menjalani, menharungi hidup berumahtangga...dan yang paling utama,perbanyakkan amal ibadat agar rumahtngga yang dibina mendapat berkat dan rahmat DariNYA...AMIN....
sekian.salam sayang...


Tiada ulasan: