Sabtu, 4 Februari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

 Maulidur Rasul 



MAULIDUR RASUL adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhamad SAW
iaitu pada 12 Rabiul Awal yang jatuh pada hari isnin(dari hadith riwayat muslim 8/25)12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571.Baginda adalah utusan yang terakhir.Disetiap tahun pada 12 Rabiul Awal kita sebagai umat islam akan meraikan hari kebesaran Nabi junjungan kita Nabi Muhamad SAW dengan berarak sambil berselawat ke atas Baginda.
selain itu banyak juga pihak-pihak yang mengadakan ceramah,majlis-majlis keagamaan serta bacaan Yaasin,tazkirah dan sebagainya memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangai kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.segalanya dilakukan demi menunjukan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.
Ini juga bertepatan dengan sabdanya yang bermaksud:-
''tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai dari kedua ibu bapanya,anak dan manusia keseluruhanya''


sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda kerana terdapat banyak kelebihan sekiranya kita mengamalkan selawat keatas Baginda seperti  Sabda Baginda Nabi Muhamad SAW:-

''sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat keatasku''
(dikemukakan oleh Al Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn Asim)

''sesiapa yang berselawat kepadaku sekali,Allah berselawat(memberi rahmat)kepadanya sepuluh kali dan menhapuskan sepuluh kesalahannya''
(riwayat Iman Ahmad)

''sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya,hendaklah dia memperbanyakkan selawat keatasku,sebab ia melapangkan kebimbangan,kedukacitaan,kesusahan,memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat''
(menurut Al-Sayuti hadis ini adalah sahih)

''sesiapa yang ditimpa sesuatu kesusahan,hendaklah dia memperbanyakkan selawat ke atasku,kerana ia menguraikan dan melapangkan kesusahan"
(Afdhal Al -Salawat'Ala Saiyid Al Sadat)

salam maulidur rasul

Tiada ulasan: