Sabtu, 12 Mei 2012

MENGUAP





                Aduhhh..letih betul hari ni.jam dah nak masuk kul 11 pagi,awal lagi ni tapi mulut ni tak henti-henti menguap..nak tidor takut terbabas pulak nak amik anak2 balik skolah jap lgi.
terpaksalah tahan walaupun dah berkali-kali menguap..tangan pun mcm xlarat nk angkat nk tutup mulut ni..eh,kenapa bila menguap kita perlu tutup mulut?Hmmmm,aku pun xtau...cuma masa kecik2 dulu mak aku selalu pesan kalau menguap tutup mulut,nanti syaitan masuk..dan aku praktikan benda yg sama kat ank2 aku..menguap kena tutup mulut kalau tak nanti syaitan masuk..tapi si adik yg nakal tu pulak pandai menjawap..''kalau syaitan nak masuk adik gigit dia..''imaginasi budak2..layan jer laa.tapi tetap kena diperbetulkan supaya mereka faham mengapa harus menutup mulut ketika menguap...supaya nampak lebih sopan dan manis...dalam hukum juga digalakkan begitu,jadi apa yang susahnyer nak tutup mulut tu kan..aku pernah tengok sorang balak hensem..bila menguap tak reti nak tutup mulut,muka yg tadi aku tgk ensem ,macho tu tetiba dah macam hulk time nak bertukar..abis nampak semua gigi karat,gigi berlubang,tahik gigi...Eeeeiiiiiii..teruk kan?hilang semua ensem2 tu..hehehehe
tu lah gunanyer menjaga tata tertib.menutup mulut ketika menguap juga adalah bagi mengelak terkeluarnyer bunyi yg pelik2 seperti ...huargh…..huh…..haaah...dan pelbagai bunyi lagilah menandakan kepuasan  menguap ini.Mengikut satu artikel yg aku pernah baca,menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat sangat disukai oleh syaitan2 nih bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan …jadi seeloknyer ketika menguap tutup mulut dan elakkan dari mengeluarkan bunyi yang pelik2 tu..lebih afdal kalau kita ucapkan istighfar selepas menguap..lagi bagus..betul tak?




                 kalau secara saintifik pulak,mengapa kita menguap???...Menguap merupakan satu powerful non-verbal message atau dalam bahasa ibundanya, satu mesej yang bermakna dan disampaikan secara bahasa tubuh bergantung kepada situasi ketika menguap itu. Menguap boleh disifatkan sebagai membantu seseorang itu lebih sedar keadaan disekelilingnya atau menguap juga mungkin sebab kerana kandungan oksigen di dalam paru-paru kita berkurang. Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara.
Alveoli ni berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbondioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras.
Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen.
Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti.
Berkualiti disini biarlah tiada gangguan bagi memulihkan anggota badan kita rehat secukupnya untuk beroperasi dan badan kita dapat kumpulkan oksigen secukupnya untuk kita bekerja seperti biasa.So,lepas ni cuba dapatkan rehat yang cukup agar badan kita sentiasa segar dan tak menguap merata tempat..hehehehehe


salam sayang....

Selasa, 8 Mei 2012

CANTIK DIHATI

CANTIK DI MATA DAN CANTIK DIHATI


Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya


Kunci rezeki adalah berusaha dan disertai dengan istighfar dan ketakwaan


Kunci syurga adalah mengesakan Allah SWT(tauhid)


Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah SWT dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhluk-Nya


Kunci kebaikan adalah kejujuran


Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran,berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa


Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik


Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar


Kunci kebahgiaan adalah taqwa


Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur


Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi


Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah SWT adalah berdoa.

LELAKI JUGA SUKA MEMBEBEL


                          jom baca nihhhh..sekadar luahan jerrr,jangan amik hati yerrr.



siapa kata lelaki tak reti membebel????heheheheheh....lagi dasyat woooo...kalau pompuan membebel tu normal lah kan..sebab dah sinonim.tapi kalau lelaki ni...hisssshhhh...macam xkena lah.pot pet..pot pet..dah macam rupa mulut itik kena sembelit...
cuba perhatikan betul2 pasangan korang..boyfriend ker,suami ker..atau adik beradik lelaki korang..pernah tak korang tengok mereka2 nih membebel?mesti teruk kan...aku pernah tengok arwah bapak aku membebel..kalau puncanyer kerana kakak aku,pastu akan melarat ke aku dan adik2 yang lain pulak.lepas satu,satu yang dia bebelkan..ada jer yang tak kena di mata dia.tapi time2 gitu mak aku cool jerrrr..senyum tak perlu kata apa2..hahahaha.sebenarnyer lelaki ni sensitif jugak kan.kalau di luar rumah munkin mereka akan cover2 sikit sebab lelaki memang suka cover macho,cover line..(sorry..:))
apapun tak semua lelaki suka membebel,cuma sesetengah nyer saja.macam aku ni,aku dah lali sangat dengan  perangai lelaki yang suka membebel nih..salah satunyer kawan aku yang dah nak masuk setengah abab umornyer..tapi aku anggap tu sebagai hobi dia nak membebel..
cuba bayangkan kalau setiap kali ada yang tak kena atau kesilapan yang tak disengajakan aku buat,huhhhh....pekak lah telinga aku jawapnyer.nak tak nak terpaksalah jugak dengar..bila dia start enjim dan bukak mulut,memang susah nak berenti dahhhhh....sambil berjalan ker,sambil duduk ker..dia tak kira dah..sambil makan pun dia sempat lagi..sampai tersembur2 keluar makanan kat mulut...tahanlah sampai dia sendiri yang penat..tu lah tabiat kawan aku nih..membebel mengalahkan pompuan.patutlah xder cikaro yang lekat dengan dia..agak2 semua angkat kaki pasal tak tahan..kadang2 aku pun tak faham,kenapa perlu nak bising2 hanya kerana perkara2 kecik yang remeh temeh kan?entahlaaaa....
    agak2nyer lah kan...apa yang korang nak buat kalau berhadapan dengan lelaki yang suka membebel ni?
                             
macam ni boleh kotttt.....adoiiiiiii...tak pon tampal jer ngan plaster..hahahahahaha..


p/s xrela bersuamikan lelaki yang suka membebel..:)
                        
             CURANG..
              CURANG...kenapa harus curang??????




apa reaksi korang bila pertama kali korang mengetahui yang suami korang sedang menduakan korang????.......ataupun bila tetiba jer suami korang dengan terang menyatakan yang kasihnyer telah berubah dan beralih arah pada pompuan lain?hmmmmm....xdpt nk bayangkan camno gayo ehhh..confirm ader yang melalak,meraung siang malam...ader jugak yang mengamuk macam hilang akal,histeria 24 jam...munkin jugak ader yang sampai nak hilang ingatan..hehehehehe
tapi aku xsalahkan kaum wanita kalau inilah reaksi yang terjadi..sebab aku faham bukan mudah untuk menerima hakikat kasih beralih arah niihhh..
tapi bukan semua yer..tak dinafikan ada juga wanita2 hebat di luar sana yang mampu tenang dan menerima dengan baik situasi seperti ini..meskipun ada rasa kecewa dan terluka kerana diduakan..itulah adat berumahtangga,istilah curang ni dah macam makan nasi..dimana-mana jer akan ader cerita bab yang satu ni..
tambah lagi di zaman serba moden dan canggih,bukan setakat lelaki yang curang tapi isteri2 juga dah berlambak amik alih... dah jadik mcm trend lah plak..
hebat kan????inilah senario yang berlaku disekeliling kita hari ini.baik suami atau isteri,masing2 rancak buat perangai..agak2nyer kenapa?
hmmmmm.....




nak ulas kenapa dan mengapa agak susah jugak kan..tapi yang pasti setiap yang berlaku itu ada sebab yang tersendiri..ada alasan dan ader pendorongnya.
apakah kerana faktor kemajuan,kurangnyer pegangan agama atau pengaruh budaya????
atau adakah kerana mereka mempunyai masalah dalam rumahtangga?pasangan kurang memberi layanan,kurang perhatian,tak bertanggungjawap,tak memuaskan ,tak menarik perhatian? tak mampu memuaskan nafsu,tak mampu memberi kebahgiaan dari segi kemewahan..kebendaan?bermacam2 alasan yang kita boleh dengar....paling menarik kalau ada yg mengatakan sebab berlaku curang adalah kerana hobi...saja2 tuk bersuka ria..atau nak tukar selera..huhhhhh...nak kata apa lagi kan??
apapun faktor dan alasan semuanya terletak pada diri masing2..tepuk dada tanya selera..aku xmau kutuk sapa2,atau berhujah hukum hakam dan dosa pahala..sebab masing2 dah tahu menilai mana buruk dan mana yang baik,cuma sebagai manusia kita kadang2 terlupa batasan kita...sering hanyut dibuai mimpi,layu di ulik fantasi..akhirnya????sendiri fikir ok.
jika baik yang kita buat,baik juga yang kita dapat..jika sebaliknyer?...
p/sMENCARI KEKUATAN DALAMAN YANG JITU..:)







Isnin, 7 Mei 2012

          


                  BAHAYA LILIN AROMA TERAPI


wangian aroma terapi dikatakan mampu membantu mengurangkan tekanan,membantu menenangkan dan menjadikan tubuh lebih relak,,,tapi korang semua tahu tak lilin aroma terapi atau wangian kediaman ni sebenarnyer mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan korang..
tak caya????cuba korang buat kajian sikit,kebanyakkan produk2 lilin aroma terapi ni tidak dinyatakan dengan tepat bahan kandungannyer,dan ader jugak tidak dinyatakan lansung..kebanyakanyer hanya menyatakan 'wangian' atau 'fragrance' tanpa disertakan dengan perincian yang lengkap..
kalau korang nak tahu,salah satu sebatian kimia yang terdapat dalam lilin aroma terapi ni ialah 'phthalates' yang berfungsi agar aroma tahan lebih lama.Unsur kimia ni boleh menyebabkan masalah reproduksi dan jugak menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan..
selain tu kalau bilik yang korang pasang lilin aroma tu tak mempunyai sistem pengudaraan yang baik,korang terdedah dengan pencemaran udara yang boleh menyebabkan masalah batuk,alergik dan gatal2 pada mata..

Isnin, 19 Mac 2012

BILA TERUNA MEMILIH JANDA

munkin ada yang tidak senang dengan topik ini..ck yakin jugak,ramai ibu bapa  yang tidak senang duduk bila siteruna mereka memilih wanita yang berstatus janda sebagai calon menantu mereka apatah lagi kalau pilihan hati si teruna mereka jauh lebih berusia  dan memiliki lebih dari satu anak....hmmmm,bayangan kalau si teruna baru sahaja mencecah 20an memiliki isteri 10 tahun atau lebih usianya dan memiliki 3 atau 4 orang anak?pasti ibu bapa tidak senang duduk...tambah pulak lagi kalau bakal menantu hanya berbeza beberapa tahun saja dari si ibu..fuhhh,pasti rasa tercabar juga kan..
ck juga hairan,mengapa ramai dikalangan anak-anak muda zaman sekarang suka menjalin hubungan dengan wanita yang jauh lebih berusia dari mereka...adakah kerana mengikut trend,peredaran masa atau kerana faktor-faktor yang lain...
so,untuk memuaskan hati..ck buat sedikit pencarian maklumat dan kisah-kisah yang berkait dengan isu nihhh..jommmmm...baca apa yang ck dah jumpa..


  • rata-rata mereka berpendapat yang wanita berstatus janda tidak kira berusia atau masih muda mempunyai pengalaman yang lebih baik berbanding dari wanita yang belum berumahtangga..baik dari segi pengurusan rumahtangga atau cara mengurusan diri dan menjaga kebajikan mereka sebagai suami
  • mereka lebih tertarik kepada 'janda' kerana pandai mengawal emosi..tidak mudah melenting bila terjadi sesuatu hal kerana kata mereka wanita berstatus janda lebih matang dan lebih cepat memahami keadaan atau 'cool'.
  • sifat si 'janda' yang suka memanjakan mereka..pandai mengambil hati,memujuk dan berpengalaman menghangatkan hubungan serta pandai mencurah kasih sayang yang membuatkan lelaki muda mudah cair dan lembut hati.
  • mereka sukakan wanita yang pandai menjaga diri,pandai berdikari dan tidak menharapkan mereka semata-mata.
  • paling ketara apabila melibatkan soal seks...rata-rata diantara mereka mengatakan wanita berstatus janda lebih mudah memahami kehendak dan keinginan seksual mereka..lebih berpengalaman,lebih bijak memainkan peranan dan ..lebih aktif,agresif serta hebat..ermmmmmm...betul ker???
  • akhir sekali...soal kewangan..walaupun wang bukanlah motif utama mereka memilih wanita berstatus janda ini,namun jika mereka mendapat wanita yang sudahpun mempunyai kerjaya serta pendapatan yang kukuh,ini merupakan satu bonus buat mereka..

hmmmmm...macam mana?puas hati dengan kenyataan diatas?bagi ck apapun sebab atau faktor yang menjadi daya tarikan mereka memilih wanita berstatus janda ini..yang paling utama ialah niat mereka dan kesanggupan mereka memikul tanggungjawap..maklumlah,kebanyakkan  janda-janda yang duk ada nihhh sudah mempunyai anak atau anak-anak..hehehehehe...jadi jangan terkejut pulak kalau malam pertama nanti berselerak ngan anak-anak tiri...atau lagi ngeri kalau terpaksa menunggu giliran,itupun kalau si anak-anak tiri tak meragam untuk tidor sebilik ngan ibu mereka..hahahahaha..




walaubagaimanapun harus kita pecaya,soal jodoh,ajal maut itu di tangan Tuhan..jika sudah ditakdirkan itu jodoh kita...maka itulah yang akan menjadi milik kita...buat mereka yang bakal menjadi 'express daddy'....wish u olls heppy2 sokmo laaaa....


salam sayang...

Sabtu, 4 Februari 2012

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS 


  Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.
 Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu.
 Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris. "Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam.
 Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia. "Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas. "Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis laknatullah marah. "Akan saya teruskan!"
 Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun.
 Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu," Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup tidak berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran. Demikianlah, semejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi.
 Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali. Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi.
 Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar. "Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. "Berhenti, jangan lanjutkan." larang si iblis laknatullah "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." jawab lelaki itu. Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai.
 Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu." Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi.
 Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ? "Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." Hadith Riwayat Muslim

FAKTA TENTANG TIDUR



Uikkkssss...ni pun menarik jugak.munkin ader yang kurang tau atau xtau lansung pasal ni..jommmm kita kongsi sama-sama...



tahukah kamu:-

*tanpa makanan manusia mampu hidup selama lebih kurang 14 hari..tetapi tanpa tidur manusia hanya mampu bertahan selama 10 hari.

*apabila dolphin tidor hanya separuh otaknya akan nyahaktif,separuh lagi digunakan untuk proses pernafasan.



*mengikut kajian pakar 1 daripada 4 pasangan tidor dikatil berasingan.

*mamalia yang paling lama tidor adalah koala (22jam) kelawar (19jam) dan tenggiling (18jam) manakala mamalia yang tidor paling sekejap pula adalah zirafah (2jam) rusa (3jam) dan gajah asia (3jam lebih sedikit).


*bermimpi ketika tidor adalah normal tidak kira mimpi indah atau mimpi ngeri tetapi sesiapa yang tidak pernah mengalami mimpi sewaktu tidor mempunyai masalah personaliti atau peribadi.

*perkara yang berlaku ketika kita sedang tidor adalah otak kita akan berehat,sel-sel rosak akan diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon yang tertentu.


*selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi perempuan 50% tentang lelaki dan 50% tentang perempuan yang lain.

*selalunya kita akan bermimpi tentang orang yang pernah kita lihat samaada kita masih ingat ataupun tidak.

*saat kita sedang tidor nyenyak,nafas,detak jantung dan tekanan darah berada di tahap yang paling rendah.

*saat kita sedang bermimpi otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita dalam keadaan sedar.

*rata-rata orang akan bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidor.

*suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi.biasanya titik yang paling rendah sekitar jam 4 pagi,kemudian akan kembali naik setelah matahari terbit.


*walaupun kita sedang tidor nyenyak ada beberapa pada bahagian tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari alam sekitar.Itulah sebabnya kaum ibu boleh bangun sekiranya terdengar suara bayi mereka menangis.

*banyak orang yang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi.dan rata-rata golongan ini terdiri daripada wanita dan warga tua.

SALAM MAULIDUR RASUL

 Maulidur Rasul 



MAULIDUR RASUL adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhamad SAW
iaitu pada 12 Rabiul Awal yang jatuh pada hari isnin(dari hadith riwayat muslim 8/25)12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571.Baginda adalah utusan yang terakhir.Disetiap tahun pada 12 Rabiul Awal kita sebagai umat islam akan meraikan hari kebesaran Nabi junjungan kita Nabi Muhamad SAW dengan berarak sambil berselawat ke atas Baginda.
selain itu banyak juga pihak-pihak yang mengadakan ceramah,majlis-majlis keagamaan serta bacaan Yaasin,tazkirah dan sebagainya memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangai kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.segalanya dilakukan demi menunjukan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.
Ini juga bertepatan dengan sabdanya yang bermaksud:-
''tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai dari kedua ibu bapanya,anak dan manusia keseluruhanya''


sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda kerana terdapat banyak kelebihan sekiranya kita mengamalkan selawat keatas Baginda seperti  Sabda Baginda Nabi Muhamad SAW:-

''sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat keatasku''
(dikemukakan oleh Al Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn Asim)

''sesiapa yang berselawat kepadaku sekali,Allah berselawat(memberi rahmat)kepadanya sepuluh kali dan menhapuskan sepuluh kesalahannya''
(riwayat Iman Ahmad)

''sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya,hendaklah dia memperbanyakkan selawat keatasku,sebab ia melapangkan kebimbangan,kedukacitaan,kesusahan,memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat''
(menurut Al-Sayuti hadis ini adalah sahih)

''sesiapa yang ditimpa sesuatu kesusahan,hendaklah dia memperbanyakkan selawat ke atasku,kerana ia menguraikan dan melapangkan kesusahan"
(Afdhal Al -Salawat'Ala Saiyid Al Sadat)

salam maulidur rasul

REJECTED PERFUME

salam semua..
ni,ck nk ajak korang semua cuci2 mata kat koleksi perfume2 ck..meh laaaa...
jangan duk malu2 eh.^_*..muaahhhhh.

DUNHILL

hak ni koleksi DUNHILL.korang jangan risau,pasal semua ni ORIGINAL BRANDED PERFUME tauuuuu...tapi REJECT.
pasal apa plak reject????
haaaaa..meh sini ck nak terang elok2 biar korang sumer faham..
korang pernah tak dengar rejectshop???alaaaa...yang duk jual pakaian2 reject berjenama tu...
hak ni lebih kurang mcm gitulaaa..tapi ni perfume...reject perfume.
kalau korang nak tau,hak kat kaunter2 tu diaorang jual yang 100%perfect..dari segi botol,label,kotak..tudung semua complete..tapi,kalau hak reject ni tak boleh laaaaa...so,pendek cerita ia dijual melalui saluran kami.
reject ni selalu disebabkan missing cap,botol calar,xder kotak..atau kerosakkan masa packing...tapi apa nak kesah kan..yang penting perfume tu..sebab kita beli perfume bukan nak pakai botol tu kan..tpi sebab bau perfume tu..betul takkkkk?????betul laaa tu...
jadinya kat sini ck nak terang,perfume adalah 100%asli..korang jangan risau..kalau korang rasa baunyer tak lasting korang bleh tukar atau duit korang dikembalikan..asalkan korang tak habiskan smpai setengah botol then nak tukar ..dah kira ok.                                                              
                                                             
  gambar pertama kat atas tu perfume DUNHILL EDITION by DUNHILL laaaaa..pastu yang kiri mula2 tu DUNHILL BOXER pastu sebelah nyer tu DUNHILL PURE...pun by DUNHILL jugaklaaa...ader lagi koleksi  dunhill ni.tapi ck buh yang 3 ni pasal  hak ni lah paling cust ck minat..terutama BOXER tu..baunyer..fuhhhh...kalau korang pakai time p date ngan gf korang confirm gf korang tegur..hehehehehe....WANGIIIIIII...

hak sebelah ni plak X-CENTRIC by DUNHILL..
baunyer pun mengancam tau...
lain2 by dunhill -PURSUIT,BLACK,LONDON,FRESH,DESIRE BLUE,DESIRE RED,DUNHILL D,dan DUNHILL 51.3N..










                                                    








LELAKI DAN TALAK

kita semua tahu kaum adam dibekalkan dengan 9 akal dan 1 nafsu berbanding wanita yang memiliki 9 nafsu dan 1 akal.Kerana itulah  kuasa talak diberikan kepada lelaki kerana selain sebagai pemimpin dan nakhoda dalam sesebuah bahtera rumahtangga,lelaki juga tidak terlalu emosi kalau berhadapan dengan perkara2 yang menyentuh hati..yang melibatkan perasaan...kerana itu jugalah kuasa talak tidak diberikan kepada wanita yang lebih cenderung beremosional..dikhuatiri jika kuasa talak ini digunakan sewenang-wenangnyer tanpa berfikir panjang..akan tetapi bagi kaum lelaki,pendekatannyer lebih berdasarkan fakta.Malah,jika mereka tersentuh hati dengan apa2 perkara skalipun,ia jarang mencampurkan hal emosi dan realiti..wajarlah talak diberikan kepada lelaki kerana mereka adalah pemimpin disamping kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka,namun ia wajib dilaksanakan berdasarkan batasan yang ditetapkan oleh syarak serta menurut batasan yang terhad.


Namun begitu, kebelakangan ini faktor sudah semakin tidak relevan bila mana dilihat keruntuhan sesebuah rumahtangga adalah disebabkan lelaki atau suami dengan mudahnya menjatuhkan talak tanpa berfikir panjang.tidak keterlaluan kalau ck katakan lelaki sekarang tidak memiliki sifat kesabaran yang tinggi dalam rumahtangga.dengan kata lain,apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri,suami sebagai tonggak keluarga dengan mudahnyer menggunakan talak sebagai jalan penyelesaian..maka tidak hairanlah kalau ada sesetengah pasangan suami isteri yang bercerai sehingga tiga kali.Dalam mahkamah sekalipon,apabila disoal hakim,sisuami akan mengatakan bahawa talak yang dilafazkan adalah dalam keadaan marah,emosi atau secara tidak sengaja..
cuba sekali sekala kita baca ruangan dari fail mahkamah..pasti kita akan terkejut bila kebanyakan kes2 yang melibatkan perceraian  melibatkan isu2 yang tak sepatutnya..ada sesetengah kes kerana cemburu buta,soal harta,soal keluarga,soal gaji isteri lebih tinggi dari suami dan ada juga kerana suami ingin berkahwin dengan wanita lain,skandal suami atau isteri,soal kewangan dan bermacam2 lagi..
sesetengah nya pula kerana ingin menunjukkan kuasa yang mereka ada...munkin kerana rasa tercabar atau sebagainya.
selain itu tekanan hidup juga menjadi punca lelaki hilang kewarasan dan kebijaksanaan mereka dalam mengemudi sesebuah bahtera yang dibina..apapun wanita seharusnya memainkan peranan penting juga bagi mengelak dari berlaku nye penceraian..talak hanya digunakan dalam keadaan terdesak dan ketika mana tiada pilihan yang lain atau sebagai penyelesaian terakhir dalam sebuah rumahtangga yang menuju keruntuhan.Ini selaras dengan sabda Nabi''janganlah kamu ceraikan isteri-isteri kamu kecuali bersebab''.
      bagi ck.punca utama SEGELINTIR lelaki kini mudah melafazkan talak kerana mereka cetek ilmu agama terutama mengenai hukum perkahwinan.golongan ini juga kurang ilmu kekeluargaan dan tidak melihat perkahwinan itu sebagai tanggungjawab..mereka kurang memikirkan kesan atau akibat dari sikap mereka terhadap isteri dan anak2 ..tekanan yang mereka tinggalkan kepada bekas isteri dan anak2 terutamanya jika mereka mengabaikan terus tanggungjawab terhadap anak2...
    apapon,ck tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada lelaki..kerana perkara ini boleh juga berlaku kerana kejahilan kaum wanita serta kegagalan wanita itu sendiri dalam menguruskan rumahtangga dan menjaga penampilan untuk kepuasan suami.so ck sarankan agar kita sama2 membuka minda terhadap hal2 ehwal agama,hukum hakam dan pendedahan permasalahan serta cara menjalani, menharungi hidup berumahtangga...dan yang paling utama,perbanyakkan amal ibadat agar rumahtngga yang dibina mendapat berkat dan rahmat DariNYA...AMIN....
sekian.salam sayang...



assalammualaikum..
hyiii....fuhhh,lega rasanyer...semua kerja rumah dah beres..now time tuk rileks2kan badan dan tenang2kan minda..hmmmmm,nak sembang bab apa eh???haaaaaa...jom,ck nk citer....
ni kisah seorang kawan ck,dia ni suri rumah sepenuh masa..so semua kerja rumah dia yang buat,nama pon suri rumah kan...nak jadikan cerita satu hari tu dia terpaksa ikut satu kursus marketing selepas dia join satu syarikat jualan lansung..suka hati sesangat lah kawan ck ni..sebab dia rasa ni lah peluang dia nak kenal dunia luar...
bila hari yang ditunggu tu tiba,sakan lah kawan ck ni...suka hati lah kan.maklumlah,tak pernah lagi keluar ngan kekawan..selalu berderet ngan anak-anak...sejam yang pertama perjalanan semua nampak okey ja..masuk 2jam kemudian,dia dah tak senang duduk dalam bas...duk bermesej jerrrr...3jam kemudian..4 jam kemudian...sampailah dia ni dan kekawan sampai ke destinasi.Kalau masa nak naik bas tadi muka berseri-seri sekarang dah macam muka orang meroyang dalam pantang..ader lah kekawan yang prihatin p tnya kat dia..pasal muka duk kelat semacam..dia ni dengan stress nyer pon menjawap..''camner nak rileks..kejap anak aku msj tanya baju kat mana..kejap laki aku msj tanya stokin kat mana,charger h/p kat mana,jaket kat mana,spender pon nak tanya aku jgkkkk...tu tak tmasuk ank jantan aku lagi..duk tanya kasut bola kat mana,topi kat mana...hissshhhh...nak taruk baju kotor kat mana pun nak msj aku jgk..!!!''...apalagi,semua pakat2 duk tergelak kat dia ni..salah sorang dari kekawan dia pon menyampuk,..''lain kali buat list..mcm aku ni,semua aku tampal kat almari..mana tempat stokin,baju,kain pelikat,semualahhhh...pastu aku buat list start awal pagi apa yang diaorg nak kena buat..pukul lapan buat apa,kul 9 buat apa..pastu buat itu..pastu buat ini..hahhhh,kan senang..!!!"
hmmmmm...macam tu ka keadaannyer kalau isteri2 keluar tinggalkan rumah????hahahahaha...ck pun nak tergelak jugak dengar cerita dia ni..sebab ck pon ader pengalaman yang hampir2 serupa jgk dengan kawan ck nihh.so ck tanyalah apa kesudahannyer...
nak tau apa????...malam tu jugak dia amik tiket bas balik rumah...hehehehe,kesiannnnn.....nampak gayanyer dia ni nak kena latih dulu anak2 dan laki dia mcm mana nak uruskan diri dan rumahtangga..
so,apa yang ck nak katakan kat sini,tugas urusan rumahtangga bukanlah di bahu isteri/ibu semata2..semua kena duk main peranan..suami,anak2..tak kiralah anak lelaki atau pompuan,kena terapkan perlahan2 dalam diri mereka cara bagaimana depa nak kena uruskan diri masing2 dan keperluan masing2..sebab andaikata berlaku sesuatu hal seperti kawan ck tadi yang terpaksa ikuti kursus,atau masuk wad kerana sakit..kan lebih mudah untuk mereka sesuaikan diri...lagipon ada kebaikan jugak buat diri mereka..bagi ck plak,kalau kain baju berlambak terperuk kat dalam bakul atau yang tak berlipat dah menggunung,itu ck masih boleh sabar asalkan rumah tak lintang pukang macam kandang kerbau bila ck pulang kerumah..sejuk jugak hati..betul tak????apapun terpulang lah pada masing2..semua orang punya cara dan alasan tersendiri..

Ahad, 29 Januari 2012



ZAMAN KANAK-KANAK




isshhhh...rindu ler kat zaman brutal ck nih...masa kecik-kecik dulu ck ni 'nano'cikit..geng ngan budak lelaki jer..hahahaha...ala-ala tomboy la cikit,setakat pokok kelapa..pokok rambutan tu,kacang jerrrr..tu belum masuk bab main askar-askar,main bola 'katok',bola selipar,guli,lastik burung...macam-macam lerrr..pendek kata semua ck bedal main...paling syok kalau main permainan bola'katok'..hehehe..tapi tu dulu lah..zaman budak-budak,sekarang ck dah tak 'nano'brutal ka,tomboy ka..hak tu semua dah hilang..yang duk ada sekarang hot mama lagi...korang plak camner????




haaaa...ni ck nak citer..ck pernah kena kejar dek ayah ck..gara-gara main lastik..masa tu ck memang xsengaja terlastik tingkap cermin rumah jiran.silap 'shot' kot..hahahaha.that time ck ngan geng-geng baru balik dari mengaji Al-Quran..rasa-rasa masa tu macam tak cukup tanah ck nak lari..ayah ck garanggggg..
sebelum kena 'Zaassssssstttt' baik cabuttttt..kalau tak memang berbekas laaaaa..tapi mak ck sporting,baikk sesangat.boleh kira ngan jari..berapa kali ja dia marah ck..



apapon hak ck paling syok giler time main permainan 'nusup'hehehehe...rilekss,jgn duk confius.'nusup' tu dlm sleng tranung..hak betulnya sembunyi.Syokkkk weii permainan ni..nk tau pasai apa..sebab permainan ni banyak meninggalkan kenangan manis pada zaman kanak-kanak ck..meh,layan citer ck...time kitaorng semua cari port nak sembunyi masa tu lah macam-macam akal nakal duk main dalam kepala otak..ada yang panjat pokok,ada yang duk dalam parit,yang otak biul lebih tu lagi teruk..merata diaorang sembunyi..dalam reban ayam,dalam longgokan sabut kelapa,dalam tandas..macam-macam laaa..yang siap balik rumah makan nasi pun ada..tu tak termasuk yang kayuh basikal pergi kedai beli aiskrim..
adoiiii...mati kutu jugak nak mencari tu..tapi ada satu kes yang sampai sekarang ck tak lupa..kalau sekarang ni ck terserempak ngan dia,confirm ck cabut...maluuuuuuu...
masa tu kitaorang duk sibuk cari port laaa.. kawan ck yang sorang ni dapat akal bodoh,dia mintak ck kuncikan pintu rebam ayam dari luar...lepas ck kuncikan rebam ayam terus ck cari port ck pulak..hahahaha..nak jadikan cerita tukang cari tu pulak tak sempat habiskan mencari sebab mak dia dah panggil balik,hari pulak dah petang sangat..so kami semua pakat-pakat balik rumah..lepas tu kira-kira lepas isyak,ada orang datang rumah nenek ck sambil menangis-nangis..sebab anak dia dah hilang...duk kalut ingat anak dia disorok hantu...ck dan sepupu sepapat ck pun keluar lah menjengah nak busy body..sekali ck macam nak menjerit...aduihhhhh,macam mana ck boleh lupa..semua pakat duk marah,nenek plak pot pet pot pet tak berenti sampailah kat rebam ayam yang ck tolong kuncikan dari luar tu...kesian kat budak tuuu...bau dah sebijik macam ayam..kebetulan pulak tuan punya rebam,makcik esah tak ada kat rumah..patutlah tak ada yang dengar dia menjerit mintak tolong..kahkahkahhhhh...tu lahhhh,bukan salah ck pun..dah dia yang suruh kan..hahahahahahaha..



sekian saja lah tuk hari ni..esok-esok lain cerita pulak yer..pada sesapa yang ader pengalaman macam ni,ck yakin korang pasti akan tersenyum,tersengih macam keram busuk..sebab bukan semua orang ada nostalgia indah macam ni..cewaaahhhh..
ok,salam sayang dari ck...muaaaaaahhhhhhhhhh....!!!

Jumaat, 27 Januari 2012

ORANG LELAKI...JOM BACA NI..!!!



PERANGAI LELAKI YANG PEREMPUAN TAK SUKA




PANAS BARAN
sikap yang satu ni,ck yakin dan confirm sesangat...semua pompuan tak suka.Ck pon paling benci lahhh...pantang masuk angin jer,semua dia nak telan..patut ker??tak patut kan.sebagai lelaki korang patutnya lebih pandai mengawal emosi korang..

SUKA MENINGGIKAN SUARA
hehehehe...yang ni pon sama,apa kes lah kan,silap sikit nak herdik,nak jerkah...tak kesian ker?kami orang pompuan ni lembut..sensitif.kalau nak marah ker,nak tegur ker..cuba korang jaga volume tu..ni tak kira tempat,tahu nak 'sound' jerrr.huhuhuhu

SUKA MENGONGKONG
Adussss...wahai lelaki,kalau korang sayang sekalipun kat gfriend/wife korang tu..xyahlah sampai nak mengongkong.semua korang nak kontrol,pakaian,handfon,make up,kawan ngan saper,nak keluar buat apa,pergi mana,dengan saper..rimas la weiii..!!!..orang pompuan pun nak privasi jugak..respect lah sikit..!

CEMBURU BUTA
haaahhhh...i like yang niiii....sikap ni satu pakej ngan suka mengongkong..macam buy 1 free 1..cemburu buta..jangan pulak tak tau yer,lelaki kalau cemburu mengalahkan pompuan..bukan setakat cemburu buta..tapi kadang-kadang tu sampai membabi buta,,hahahahaha,jgn marah eh..:)

EGO
ini antara masalah yang paling ketara..memang tak dinafikan lelaki perlu ada ego dalam diri masing-masing..tapi sewajarnya biarlah bertempat dan seimbang..jangan terlalu mementingkan keegoaan kamu sehingga kamu merasakan kamu yang perlu membuat semua keputusan,kamu yang paling berkuasa..sesekali cuba fikir secara matang,perlukah kamu bersikap ego dalam semua aspek?

TIDAK MATANG
hissshhh....ada ke lelaki macam ni?ada kottt...tapi lebih tepat lagi kurang matang..kalau tidak matang tu,rasa-rasanya yang tak akhil baligh lagi laaa..apapon,ck xnak komen..sbb lelaki-lelaki yang ck kenal semua yang dah matang..yang terover matang pon ader.

TIDAK PANDAI MENGHARGAI
alahaiii...tentu sedih kan kalau dapat bf /hubby yang mcm ni.susah nak dapat lelaki yang betul-betul tahu menghargai perasaan dan pengorbanan pompuan dalam hidup mereka..ada juga yang saja-saja buat tak nampak..kenapa yer?.walhal bukannya susah sangat pun..paling tidak,ucaplah terima kasih if gf/wife korang dah buat sesuatu tuk korang..cubalah korang bayangkan,apa perasaan korang kalau gf/wife korang plak yang tak menghargai pengorbanan yang korang dah buat..sedih tak?tentu sedih kan...

KURANG MEMBERI PERHATIAN
hmmmm...yang ni pon satu masalah berat jugak..rata-rata kenkawan pompuan duk complan bab ni.pasal apa eh?munkin sikap suka mengambil mudah atau sambil lewa atau korang berpendapat 'tak perlulah,hal remeh temeh jer'...Ck rasa masalah ni munkin hanya timbul di pertengahan hubungan kamu..sebab,kalau diawal hubungan lagi,ck yakin gf korang mesti dah cabut lari..hahahaha

SUKA MENIPU/SUKA PUTAR BELIT
ehhhhh....baik korang hentikan cepat-cepat.buang lah tabiat ni..sbb nobody can except this even lelaki sendiri...

TERLALU KOMITED TERHADAP KERJAYA
susah jugak kalau dapat bf/hubby yang mcm ni..bayangkan kalau cuma kerjaya yang paling utama dalam hidup korang..sah-sahlah korang akan cari berbagai alasan kalau gf korang ajak keluar kan.silap-silap tengah date pon korang duk sembang pasal kerja..cuba korang bahagi masa dengan betul..pasti gf/wife korang lebih mudah memahami dan bertolak ansur kalau kamu pandai mengurus masa.

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
hmmmm...alaaaa,lebih kurang lahhh dengan yang diatas..(malas nak ungkai)paham-paham lah yer.

SIKAP PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
ada tak yang sikap macam ni?aderrrrrr...memang ada.lelaki jenis ni lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan dari gf/wife mereka sendiri..bila bersama gf.wife pon,mereka sanggup tinggalkan bila kawan-kawan call..ada juga yang lebih pecayakan kawan-kawan dari gf/wife mereka sendiri..

PENGOTOR
ishhhhh..tak mau la lelaki macam ni..cuba korang bayangkan,korang nak gf/wife korang pakai wangi-wangi jer..kemas,cantik..sedap pandangan mata korang.kalau gf/wife korang rambut mengerbang macam pontianak baru bangun tidor...confirm korang pengsan.macam tu jugak lah ngan gf/wife korang nak .kalau serabai semacam buat apa kan?time date pon korang pakai cincai,baju yang dah 2 hari xbasuh..kuku dah mcm store kuman,rambut lak mcm tak pernah syampoo..wahahahahaha..muka sikit punya hensem cam billy zane tapi pengotor dan selekeh...tak ngammmm la beb..!

GELOJOH
ehh,apa ni?tak suka..tak suka..p main jauh-jauh..hahahahahaha.


PERASAN/SUKA CONTROL MACHO
hak ni ck tak sabar nak komen..hahahahaha(gelak dulu)kalau ck jumpa lelaki hak macam ni,ck nak boh satu ayat hak paling sesuai tuk spesis ni..nak tau apa?...hahaahaha''GEDIKKKKKK''!!!!!..nah amik ko..

MATA DUITAN
Aikkkkk...macam ni pon ada ker?ingat kan pompuan jer yang mata duitan..wahai lelaki,janganlah korang buat perangai macam ni...meluat,menyampah tau..gentleman lah sikit,xkan korang nak jadi pengikis pulak kan..

PEMALAS
haaahhhh...sikap mata duitan tadi sinambungan dari sikap ni lahhhh..disebabkan malas nak kerja wujudlah sikap mata duitan tu..esok-esok...jadilah anak ikan pulak.hehehehe..tapi malas ni banyak kategori..ade yang malas kerja,ada yang malas nak jaga kebersihan diri,ada yang malas nak tolong bini buat kerja rumah,ada yang malas nak bukak mulut pun adaaaa...(xbyk cakap)macam-macam lah..pendek kata kalau ada sikap pemalas yang tak elok dalam diri korang..cepat-cepatlah korang buang yer.

MAIN KAYU TIGA
oh,tidakkkk!!!!!...tolonglah wahai lelaki-lelaki sekalian alam..janganlah sesekali korang amalkan perangai buruk ni..xader yang sudi nak bertenggek ngan korang nanti.kalau ader pon seciputttt sangat..itupon kalau korang kaya raya,harta berlambak..adalah tikus-tikus mondok yang nak mengikis korang..bukan nak kat korang tau..!

SUKA 'CUCI MATA'
jeng..jeng..jengggg...hak ni ck no komen.sebab rata-rata lelaki yang ck kenal,memang hobi diaorang lah cuci mata ni....yang nak tersembul bijik mata pon ada..kalau yang pemalu sikit tu,dapt jeling-jeling pon dah kira ok.apapun,janganlah korang tunjukkan sangat tabiat korang ni kat gf/wife korang..sbb walau gf/wife korang tak bersuara tapi hakikat sebenarnya,tiada pompuan yang suka..:P

Sekian tuk kali ini..terima kasih(mcm surat rasmi plak)apapun yang ck nak tekankan kat cni,baik lelaki atau pompuan..masing-masing punya kelemahan dan kekurangan..jangan kita hanya menunding jari dan membongkar kekurangan orang lain,sebaliknya cuba perbaiki apa yang terkurang dan terlebih dalam diri kita dahulu...pandang cermin dan renung tajam-tajam..imej siapa yang korang nampak???perfect tak???
ok...babaiiiii...muuuahhhhhh:)







Rabu, 25 Januari 2012

BILA LELAKI MENGUMPAT


      Bila sebut bab yang satu ni,selalu kita terbayangkan sekumpulan pompuan-pompuan yang duk bertenggek atas tangga sambil mulut berjuih,terkumat-kamit macam dukun baca jampi serapah...tapi itu zaman mak nenek kita lah..sekarang dah moden..pompuan sekarang mana nak ada masa dah nak buat semua tu.
      Jadi,aku tak lah heran kalau mengumpat ni dikaitkan dengan pompuan..sebab dah memang serasi walaupun bukan semua pompuan yang suka mengumpat..dah sinonim.Tapi,apa yang menherankan aku bila kaum lelaki mengumpat...heran tak?agaknya mereka cemburu kot sebab bidang ni dah dikuasai oleh kaum pompuan..jadi mereka ni nak mencuba nasib..mana tahu kalau-kalau mereka lagi hebat dari kamu pompuan seterusnya merangkul menjadi juara....
     Apapun kali ni aku memang pecaya,setelah aku sendiri mendengar dan memerhatikan lelaki-lelaki ini asyik masyuk mengumpat dalam versi mereka..versi bertamadun sikitlah.dengan berpakaian kemas,bertali leher,kasut berkilat dan yang paling utama,bukan lagi kat tepi atau atas-atas tangga rumah jiran tetangga.tapi kat cyber cafe..hebat kan.Hmmm...so aku nak kata kaum lelaki lebih hebat dari kaum pompuan dalam bidang mengumpat ni..pecaya tak?kalau tak pecaya..kena pecaya jugak..tak pun buat-buatlah pecaya.
     Cumanya,mereka lebih realistik..lebih 'open minded'..apa saja yang mereka umpatkan,tak ada yang selindung-selindung..direct to the point.Kalau kaum pompuan ada jugak yang berkias-kias..tapi lelaki lagi advance dari pompuan..apa taknya,isu dalam kelambu pun boleh di sebut secara terang-terang..huh!!!menyampah kan?aku yang terdengar ni pun macam nak meleleh tahik telinga sebab kepanasan.Free ja aku dapat dengar isu-isu panas kat ofis mereka..saper yang ada skandal..saper yang pandai bodek bos...habis tukang cuci pun kena skali..bila salah seorang menyebut nama seorang perempuan,mereka berempat ketawa besar...mulalah keluar cerita dari mulut masing-masing..hak ni kata perempuan tu macam gini,hak tu kata perempuan tu mcm gitu pulak ..dari bab rambut perempuan tu sampailah bab jalan,bab berapa ramai boyfriend,bab montot dah labuh,bab make up lebih..semua lah..tapi tak habis sampai situ jer..sebab mereka tu sambung lagi dengan nama perempuan lain pulak..begitulah seterusnya sampai aku beredar dari situ.
      Jadinya aku andaikan kat sini,itu munkin hobi sampingan lunch hour mereka..atau munkin juga itu cara mereka nak meluahkan rasa tak puas hati masing-masing..atau munkin juga itu dah menjadi sebahagian dari sifat mereka.apapun alasannya..mengumpat tetap mengumpat dan dosa yang ditanggung juga adalah dosa bagi orang-orang yang mengumpat.TAPI,aku pecaya..bukan semua lelaki suka mengumpat seperti lelaki-lelaki yang aku jumpa tengah hari tadi.dan bukan semua lelaki suka mendengar serta bersubahat dalam bidang mengumpat ni.
kepada empat sekawan tadi,aku harap satu hari nanti mereka akan berubah..dan harap-harap jugak apa yang mereka umpatkan tak berbalik pada anak bini mereka..
                                                  

     
      

Isnin, 23 Januari 2012

RAHSIA BULAN KELAHIRAN


FEBUARI
  • berfikiran abstrak,sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • bijak dan sangat berani dalam membuat keputusan tetapi cepat memberontak apabila sesuatu hal tidak menepati apa yg diinginkan
  • berperwatakan yang mudah berubah,tidak tetap pendirian
  • mudah menawan orang lain disekelilingnya,mudah mendapat kawan dan sering menjadi perhatian
  • pemalu,pendiam dan suka rendah diri tapi sebenarnya suka menunjukkan kehebatan yang ada pada dirinya
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat..tidak mudah berputus asa
  • tidak suka dikongkong..mudah memberontak apabila dikongkong
  • suka pada kegiatan yang lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamerkan marahnya
  • tidak suka pada perkara yang remeh temeh tapi bersikap sangat serius
  • memiliki pemerhatian yang sangat tajam.bercita-cita tinggi dan akan berusaha untuk merealisasikan impiannya
  • berkecenderungan pada benda-benda tahyul
  • mudah dan senang untuk menjadi pemboros
  • cenderung kepada hiburan,seni dan sukan
  • tersangat romantik..tapi hanya pada dalaman sahaja kerana tidak pandai mempamerkannya
      RAHSIA BULAN KELAHIRAN





                                       JANUARI
  • bercita-cita tinggi dan sangat serius orangnya,suka mendidik dan dididik
  • sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • rajin dan setisp kerja yang dibuat menampakkan keuntunngan
  • suka  pada kecantikan dan kekemasan
  • bersifat sensitif dan berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisisplinkan diri sendiri
  • badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
  • cukup sayang pada kanak-kanak
  • suka duduk dirumah
  • setia pada segala-galanya
  • perlu belajar kemahiran bersosial
  • mempunyai sifat cemburu yang sangat tinggi