Isnin, 19 Mac 2012

BILA TERUNA MEMILIH JANDA

munkin ada yang tidak senang dengan topik ini..ck yakin jugak,ramai ibu bapa  yang tidak senang duduk bila siteruna mereka memilih wanita yang berstatus janda sebagai calon menantu mereka apatah lagi kalau pilihan hati si teruna mereka jauh lebih berusia  dan memiliki lebih dari satu anak....hmmmm,bayangan kalau si teruna baru sahaja mencecah 20an memiliki isteri 10 tahun atau lebih usianya dan memiliki 3 atau 4 orang anak?pasti ibu bapa tidak senang duduk...tambah pulak lagi kalau bakal menantu hanya berbeza beberapa tahun saja dari si ibu..fuhhh,pasti rasa tercabar juga kan..
ck juga hairan,mengapa ramai dikalangan anak-anak muda zaman sekarang suka menjalin hubungan dengan wanita yang jauh lebih berusia dari mereka...adakah kerana mengikut trend,peredaran masa atau kerana faktor-faktor yang lain...
so,untuk memuaskan hati..ck buat sedikit pencarian maklumat dan kisah-kisah yang berkait dengan isu nihhh..jommmmm...baca apa yang ck dah jumpa..


  • rata-rata mereka berpendapat yang wanita berstatus janda tidak kira berusia atau masih muda mempunyai pengalaman yang lebih baik berbanding dari wanita yang belum berumahtangga..baik dari segi pengurusan rumahtangga atau cara mengurusan diri dan menjaga kebajikan mereka sebagai suami
  • mereka lebih tertarik kepada 'janda' kerana pandai mengawal emosi..tidak mudah melenting bila terjadi sesuatu hal kerana kata mereka wanita berstatus janda lebih matang dan lebih cepat memahami keadaan atau 'cool'.
  • sifat si 'janda' yang suka memanjakan mereka..pandai mengambil hati,memujuk dan berpengalaman menghangatkan hubungan serta pandai mencurah kasih sayang yang membuatkan lelaki muda mudah cair dan lembut hati.
  • mereka sukakan wanita yang pandai menjaga diri,pandai berdikari dan tidak menharapkan mereka semata-mata.
  • paling ketara apabila melibatkan soal seks...rata-rata diantara mereka mengatakan wanita berstatus janda lebih mudah memahami kehendak dan keinginan seksual mereka..lebih berpengalaman,lebih bijak memainkan peranan dan ..lebih aktif,agresif serta hebat..ermmmmmm...betul ker???
  • akhir sekali...soal kewangan..walaupun wang bukanlah motif utama mereka memilih wanita berstatus janda ini,namun jika mereka mendapat wanita yang sudahpun mempunyai kerjaya serta pendapatan yang kukuh,ini merupakan satu bonus buat mereka..

hmmmmm...macam mana?puas hati dengan kenyataan diatas?bagi ck apapun sebab atau faktor yang menjadi daya tarikan mereka memilih wanita berstatus janda ini..yang paling utama ialah niat mereka dan kesanggupan mereka memikul tanggungjawap..maklumlah,kebanyakkan  janda-janda yang duk ada nihhh sudah mempunyai anak atau anak-anak..hehehehehe...jadi jangan terkejut pulak kalau malam pertama nanti berselerak ngan anak-anak tiri...atau lagi ngeri kalau terpaksa menunggu giliran,itupun kalau si anak-anak tiri tak meragam untuk tidor sebilik ngan ibu mereka..hahahahaha..




walaubagaimanapun harus kita pecaya,soal jodoh,ajal maut itu di tangan Tuhan..jika sudah ditakdirkan itu jodoh kita...maka itulah yang akan menjadi milik kita...buat mereka yang bakal menjadi 'express daddy'....wish u olls heppy2 sokmo laaaa....


salam sayang...

Tiada ulasan: